ahlan wasahlan

Ahlan Wasahlan kepada pengunjung blog Perjalanan hidupku di Matri..selamat membaca dan sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan..sekian..

my birthday

Labels

Saturday, May 7, 2011

masuk Matri

sebaik-baik ciptaan..



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kita kepada Rasul junjungan kita,kerana usaha dan titik peluh baginda dapat lagi kita meninkmati dua nikmat iaitu nikmat iman dan nikmat islam...

Cerita saya detik ini,saat ini,minit ini dan jam ini..
mengenai hari pertama masuk di
Matri(Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah) di Perlis..

Pengalaman yang sukar dilupakan,
kerana buat pertama kalinya saya ditinggalkan
oleh kedua umi dan abah saya.
Pada hari pertama di Matri,saya tidak la sedih sangat,
ibu bapa saya mengingatkan saya bahawa bukan saya sahaja di sini,
malah mempunyai kakak dan 2 orang abang.
Sesampai sahaja di depan pintu pagar biru zink di asrama,
hati mula rasa sebak + gembira..(sebak kerana tak duduk ngan umi dan abah dah ,gembira kerana sekolah yang sudah lama saya menanti untuk masuk).
Sebelum menjejakkan kaki di asrama,
saya pergi mendaftar dahulu di tempat yang dikhaskan untuk pelajar baru...
.Jiwa ini berkobar-kobar seperti ada bara api di dalam hati ini.
Sewaktu itu,saya masih lagi tidak mengerti apa Tarbiyah,
senang cerita islam itu sebenarnya...
walaupun sebelum masuk ke Matri memang saya memakai tudung labuh dan stoking,
tetapi ia hanya satu suruhan oleh umi dan abah untuk saya memakainya.

Perjalananku di Matri semakin hari semakin menarik,
semakin hari jugalah bertambahnya kenalan saya.
Kenalan yang pertama saya kenal iaitu Sharifah Husna Bt. Syed Murzaki,
dari Selangor,katilnya disebelah katil saya.
(kakak kami berdua susunkan agar kami berdua duduk berdekatan),
manakala katil di atas pula Syafiqah Hanim Bt. Ahmad Shukri,dari Penang.
Pada saat itu,Husna menjadi sahabat saya yang paling rapat,
sehinggakan semua orang gelar kami seperti isi dengan kuku,berjalan mesti berdua.

Minggu orentasi pun bermula,
kami sebagai pelajar baru tingkatan 1 2006, harus mengikuti minggu ini,
minggu taaruf,minggu perkenalan,dan macam-macam lagi.
Fasilitator kami. abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 5.
Dalam orentasi itu,pelbagai perkara yang saya dapat antaranya,
kenapa ibu dan bapa kami hantar kami semua di Matri,
saya juga mengetahui lagu sekolah iaitu"Sunnah Berjuang",
sewaktu itu abang Hilal Asyraf yang memperkenalkan kepada kami semua,
abang Hilal menyanyi di depan kami semua.
Terdapat juga ceramah dan tazkirah dari Ustaz-ustaz dan
Ustazah-ustazah yang tak pernah ku dengar selama ini.
Seminggu itu berlalu dengan cepatnya,rasa seperti tidak cukup.
Dan satu ayat yang sentiasa bermain-main di bibir abang-abang dan kakak-kakak Matri ialah "Kutiplah Mutiara-Mutiara di Matri ini"..

Minggu orentasi berlalu dan bermulanya program yang
dibuat oleh abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 4.
Program itu berlangsung selama 3 bulan.Dari bulan 1 hingga bulan 3.
Dalam program itu,kami diminta untuk menghabiskan juzuk Amma,
dan jika dah habis teruskan dengan menghafal surah-surah pilihan.
Terdapat juga pembentukan halaqah seperti halaqah Al-Quran,kami akan duduk dalam bulatan dan menghafal.

Alhamdulillah,saya ditempatkan di dalam halaqah dimana
akak@mas'ul kami seorang yang amat penyabar dengan karenah kami semua.Saya,Husna,Khadijah,Syaza,dan Anis Nasuha bersama kakak
kami kak Izzah MA Zaaba.
Kak Izzah mengajar kami menghormati ustaz-ustaz yang sedang bercakap di depan,
memberi nasihat kepada kami,
membelanja kami makan dan macam-macam lagi.
Ada dimana satu hari,kami tak mahu mendengar nasihat kak Izzah,
kak Izzah menegur kami,tetapi kami masih buat tidak peduli,
akhirnya,kak Izzah merajuk dan tidak masuk ke
dalam halaqah sehinggalah habis waktu hafazan.
Kami semua berpakat untuk membuat kad tanda minta maaf kami kepada kak Izzah,
kad yang besar bersaiz A4 dan mempunyai tandatangan kami semua.
Kami buat begitu kerana kami rasa amat bersalah dan insaf untuk tidak melakukan lagi.

Waktu tingkatan 1 juga,ada satu lagi halaqah yang dipanggil halaqah bimbingan.
Halaqah ini dibimbing oleh kakak-kakak tingkatan 5 dan tingkatan 3,
mereka adalah kak Nusaibah dan kak Fatimah Hanisah.Ahlinya saya tak berapa ingat la...yang pasti ada Afiqah Syadiyah,Afiqah Sabri dan Farzana.

bersambung pula ketika berada di dalam kelas..


perjalananku di Matri,,
Search for Mardhotillah..
Little Mashitah..

No comments: