ahlan wasahlan

Ahlan Wasahlan kepada pengunjung blog Perjalanan hidupku di Matri..selamat membaca dan sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan..sekian..

my birthday

Labels

Tuesday, May 10, 2011

apa yang ada??






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

ERM..
Apa yang aku dah cerita??
  • pasal Matri..
  • time mula masuk..
  • kat dalam kelas..
  • kat dalam dorm..
  • sukan yg aku suka..
  • (apa lagi??)


Apa lagi yang ada kat Matri??
ingat balik waktu tingkatan 1...
apa yang tak pernah aku tahu..tapi akhirnya aku tahu..
jom kita buat senarai...
  • persatuan dan kelab
  • murobbi mithali
  • qudwah hasanah
  • bi'ah solehah..
  • tarbiyah.

PERSATUAN?? dan KELAB??

Di Matri seperti sekolah lain juga..
terdapat beberapa persatuan yang agak aktif...antaranya..
  1. persatuan puteri islam
  2. persatuan bulan sabit merah
  3. persatuan kadet bomba
  4. persatuan kadet KRS
kalau kelab pula,antaranya..
  1. kelab ping pong
  2. kelab bola jaring
  3. kelab badminton
  4. kelab seni dan reka cipta
  5. kelab pembimbing rakan sebaya
  6. kelab bahasa inggeris
  7. kelab sains dan matematik
  8. kelab bahasa jepun
  9. kelab bahasa arab
  10. program usahawan muda

Itu semua...sekolah lain pun ada..kadang tu banyak lagi yang mereka tubuhkan...
aku tak habis lagi nak bercerita nih..
panjang lagi...

apa yang tak habis lagi?
ada 4 perkara yang kat Matri ada tempat lain tiada...

MUROBBI MITHALI,QUDWAH HASANAH,BI'AH SOLEHAH DAN TARBIYAH...


ok...
mari kita terjemah satu persatu secara ringkasnya..

MUROBBI MITHALI...

Dimatri.. ada guru yang sudah lama..
maksudnya yang sudah pencen..
tetapi masih lagi sedia mencurahkan bakti di Matri..
walaupun mereka sudah berumur tetapi dengan semangat mereka
yang tidak pernah padam...
masih kuat untuk mengajar...

kata-kata Umar Tilmisani:
"Hikmah orang tua perlu berada dalam semangat orang muda"..

QUDWAH HASANAH..

Maksudnya..contoh teladan yang baik..
Di Matri..tak kira sama ada guru,kakak abang..mahupun tukang sampah,
mereka menunjukkan contoh yang baik...
rasa selamat saja belajar di sana..
nak buat jahat pun rasa..tak patut..


BI'AH SOLEHAH..

ia lebih kurang juga macam qudwah hasanah..
maksudnya..suasana yang baik...
apabila semua yang ada kat Matri tu menunjukkan
contoh teladan yang baik...
maka suasana pun akan menjadi baik...

bak kata abang and kakak senior..
"kamu semua masih berada di zon selamat"..


insyaAllah semua yang tadi tu..ada juga disekolah lain..
dan satu perkara yang amat penting dan amat bernilai di Matri ini ialah
TARBIYAH...

Matri amat mementingkan Tarbiyah..iaitu
didikan untuk mengetahui Islam yang syumul dan kamil..
dimana sahaja ruang yang ada kat Matri itu..
memberi Tarbiyah kepada kita..

salah satunya...
pemakaian baju asrama..kalau aku ikutkan,aku tak nak pakai baju tu..
sebab dah la kosong,tak ada corak langsung..semua sama..
tapi mengapa kita pakai juga baju asrama tu..
ada yang kata sebab peraturan ...
tapi ada ja yang tak pakai...
apa yang nak dikatakan Tarbiyah itu..
kita mendidik juga hati kita untuk pakai...
selagi ia tidak melanggari syara'.

seorang ulama' berkata:
"mendidik jiwa manusia tidak semudah membentuk plastisin,mendidik jiwa manusia
memerlukan seni,kesabaran dan waktu.."...


Alhamdulillah,sebenarnya banyak lagi yang ada kat Matri tu...
tapi..baru tingkatan 1..
jadi pengetahuan tentang Matri itu,masih belum terang dan jelas..


bersambung pada episod akan datang...


perjalanan hidupku diMatri
searching for Mardhotillah..
Little Mashitah..



No comments: