ahlan wasahlan

Ahlan Wasahlan kepada pengunjung blog Perjalanan hidupku di Matri..selamat membaca dan sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan..sekian..

my birthday

Labels

Saturday, May 7, 2011

kenali Matriku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Pertama sekali,sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut mengenai perjalananku di Matri ini..
Kita mestilah mengenali apa itu Matri dahulu...kan??

Apa itu Matri??

MATRI atau nama penuhnya Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah ialah sebuah sekolah swasta yang dimiliki oleh Lembaga Tadbir MATRI.

Terletak di atas sebidang tanah seluas 16.2 hektar di Perkampungan Tunjung, 02400 Beseri, Perlis iaitu kira-kira 12 km dari Bandar Kangar.

Ma'had ini terletak di dalam kawasan perkampungan bersebelahan kebun getah serta dusun buah-buahan dengan lanskapnya yang menghijau dan harmoni serta dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk perkampungan Tunjung yang indah lagi tersusun.

Sesuai dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Perlis sebagai negeri ilmu maka kemunculan MATRI dipersada alam pendidikan sangat bertepatan dengan masanya.




Falsafah Matri??


Suatu proses pendidikan berterusan dan dinamik bagi melahirkan generasi berilmu, beriman, beramal dan bersahsiah mulia berlandaskan ajaran Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyah As-Syarifah.


Generasi Wa'ei, Mithali, proaktif serta bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T dalam setiap gerakkerja bagi merialisasikan 'Ubudiyah kepada Allah S.W.T serta berusaha membasmi gejala Ilhad, Khurafat, Bidaah ajaran sesat demi memelihara kesucian Islam dan kerharmonian masyarakat dan ummat.



Visi dan Misi Matri??


MATRI membawa syiar "Ulama' Pewaris Nabi" dengan bermatlamatkan:

1. Memberi pendidikan Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar-pelajarnya.

2. Memeberi pengetahuan Bahasa Arab hingga ke peringkat membolehkan pelajar-pelajar memahami kandungan kitab suci al-Qur'an dan as-Sunnah an-Nabawiyah dan kitab-kitab Ilmu yang berbahasa Arab.

3. Mendidik pelajar-pelajar dengan didikan Islam yang sempurna dan menyeluruh melalui proses-proses yang disediakan.

4. Melahirkan Muslim dan Muslimah yang multazim (komited) dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka.

5. Melaksanakan dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah. S.W.T.


Erm...sebenarnya Matri ni banyak kelebihannya..

jika kita tengok Matri dari sudut luar..ia hanya sebuah sekolah yang amat dhaif,tidak serba lengkap seperti sekolah lain..

untuk masuk ke sekolah ini pula..

hanya yang dipilih oleh Allah sahaja dapat merasai apa kelebihan dan kehebatan Matri itu..


apa pun..kita nantikan perjalanan yang pertama di Matri...


perjalananku..

search for Mardhotillah..

Little Mashitah..


No comments: